Saturday, January 8, 2011

MiNaT, HoBi dan aku.....

Imbas kembali.... hampir 10 tahun yang lalu... waktu aku di tingkatan 2 di antara sekolah yang sangat famous seluruh Pulau Pinang.. ya.. my very high school.. SMKA Al-Irshad... remaja umur 14 tahun waktu tu, masih tercari-cari identiti... still di awangan... walaupun ada beberapa member-member aku dah tau hala tuju diorang kat skolah tu.. tapi aku tak ikut.. tak sesuai dengan jiwa aku.. untuk itu, aku beranikan diri aku untuk mencuba hobi dan minat sorang-sorang kawan-kawan aku... tujuan aku, nak tengok sama ada minat tu ngam ke tak dengan aku... haha..

cerita seterusnya ni.... berlaku dalam tempoh 4 tahun aku belajar di sekolah, iaitu sampai la aku tamat tingkatan 5 dari tingkatan 2...

Hobi pertama: melukis kartun...

-Hobi yang pertama ni takdelah susah sangat... sebab aku sendiri pon mmg suka melukis dari aku darjah 1 lagi.. haha.. salah!! susahnya aku rasa nak lukis kartun ni... aku tanya diri aku, kenapa aku x boleh lukis... sedangkan aku tengok member aku dengan senangnya hasilkan 1 masterpiece yang balance kiri kanan depan blakang... aku pon mula buat siasatan... siasat punya siasat ( sampai abes skolah) aku kumpul banyak maklumat..

pertama, karikatur perlukan idea yang tak ada pada orang biasa.. sentiasa perlu pikir out of the box.. idea yang dijumpai tu akan buat kartun yg dilukis tu hidup, tak kosong.. kedua, style lukisan mestilah tak lari... konsisten je... walaupun melukis watak- watak yang berlainan... contohnya...kalau lukisan selalunya guna ballpen or pensil, jangan pulak pi guna charcoal... it will kill the mood of the kartun.. ketiga, latihan... practice lukis sebanyak mungkin... rujuk komik-komik punya style kalau rajin... walopun aku lukis burok, aku practice jugak... dan korang akan nampak, style lukisan tu akan sikit2 jadi konsisten dan sama... keempat, bakat... aku letak bakat ni paling last sebab aku percaya orang boleh buat apa saja kalau banyak latihan.. bakat ni hanya untuk menambah baik je... hasilnya... sampai sekarang aku enjoy melukis... aku suka melukis... untuk diri aku sendiri....



To be continued.....

2 comments: