Friday, November 5, 2010

dahulu dan sekarang... (bahagian 2)

ehem2... err.. aku xtau nak intro ape.. tapi the moment aku bukak dan tulis blog ni, is the moment yang aku rasa sunyi dan perlu untuk aku luahkan apa yang bermain dalam kepala otak aku ni sepanjang aku hidup...

YA.. dahulu dan sekarang bahagian 2...kalau dulu waktu skolah sampai masok matriks aku loser.. aku rasa dah sampai kot masanya aku ubah diri jadi org laen lepas apa yang berlaku... aku sikit2 sedar kenapa aku jadi sangat loser kat skoah dulu... pikir punya pikir.. aku jumpa sebabnya... tu pon masa tengok muvie orang putih... iaitu aku sangat2 INFERIOR... tau apa inferior? inferior tu malu nak tunjuk bakat, malu nak buat itu, malu nak buat ini, malu nak tanya, malu nak tonjolkan diri.. apa yang aku pikir ialah takut orang pandang pelik dan mengta aku bukan2 pada time tu... so bila aku abis matrik, aku decide untuk ubah perkara tu... ubah sikap tu..

then aku diterima masuk ke universiti industri selangor(UNISEL) pada tahun 2006.. sikit2 aku tonjolkan diri.. sikit2 aku bergaul dengan orang yang background dia lagi teruk daripada aku... kat sini aku belajar jadi SUPERIOR.. aku tonjolkan diri aku... malah aku upkan diri aku sendiri.. puji diri sendiri dan macam2 lagi yang up up up... dan aku mengaku... aku rasa seronok buat macam tu... aku rasa seronok untuk bandingkan diri aku dengan orang yang lebih inferior daripada aku... yang bestnye lagi ialah sikap aku waktu ni banyak memaksa diri aku untuk jadi lebih baik dari orang yang aku rasa baik... jadi aku pon pulon(usaha).. pulon punya pulon dan aku dapat apa yang aku nak... aku dapat pointer bagus... 3 kali dean list, bergaul dengan member2 yang stylish... cukup buat aku rasa seronok... walaupun kadang2 ada masalah yang buat aku fed up.... dari sini aku mula bentuk aim untuk diri aku sendiri... aku mula rasa apa yang aku pilih ialah jalan yang Allah dah tentukan untuk aku... apa yang aku kena buat, cuma follow jalan ni dan jangan melencong... follow je... Alhamdulillah... sekarang aku dah berada kat universiti sains malaysia(USM) menyambung pengajian aku dalam bidang biologi tulen major dalam botani... dan aku masih meneruskan apa yang aku buat kat unisel untuk aku terus naik... dan naik... dan naik lagi.. 

cerita yang aku bagtau kat atas bukan bermaksud aku nak bangga diri dengan pencapaian aku sekarang... aku bangga tapi tak bangga diri la... yang aku nak tekankan kat sini adalah, kalau kita nak survive hidup kat dunia ni... kita mesti buat silap.... sebab dari silap tulah kita belajar... survivor paling bagus kat dunia ni ialah orang yang buat silap tapi dia sedar dia tersilap n dia cari jalan untuk ubah kesilapan dia tu supaya dia tak ulang lagi silap yang sama... berapa banyak silap daaaa...
so... sekarang ni aku diambang peperiksaan.. jadi aku suka untuk ingatkan diri aku tentang kesilapan yang penah aku buat dulu.. supaya aku boleh pastikan diri aku tidak lagi buat benda yang sama 2 kali... good luck kepada siapa yang ambik exam... good luck kepada diri aku sendiri... semoga dapat dean list lagi...