Thursday, December 9, 2010

This Is My Story...: Apa yang aku tak sedar.... sekarang aku belajar......

This Is My Story...: Apa yang aku tak sedar.... sekarang aku belajar......: "Cuba tengok gambar ni.... gambar ni aku ambik kat universiti tempat aku tengah menuntut ilmu sekarang ni... ada sapa- sapa perasan apa-apa p..."

Apa yang aku tak sedar.... sekarang aku belajar....

Cuba tengok gambar ni.... gambar ni aku ambik kat universiti tempat aku tengah menuntut ilmu sekarang ni... ada sapa- sapa perasan apa-apa pada gambar ni? takda? Exactly! gambar ni nampak macam gambar biasa saja, ada sungai, ada benting pasir, ada pokok-pokok... nampak indah... hehe...

Tapi, gambar tu lebih dari apa yang kita dok nampak.. sebabnya:
  • kalau tengok betul-betul, ada sampah yang dibuang kedalam sungai ni, menyebabkan aliran air bengkok sana, bengkok sini... sebab sampah tu dah sekat laluan asal dia..
  • 2nd, ada tumbuhan-tumbuhan misteri yang tumbuh di sekitar laluan air tu yang kita tak tau dari mana dia datang... tumbteri (tumbuhan misteri) ni penuh sampai ujung gambar ni...
  • air sungai sikit... sebab kat belakang gambar ni sbnarnya ada longgokan sampah yang dah sekat laluan air yang banyak tu... jadi yang aku ambik ni nampak cetek je airnye...
untuk pengetahuan semua, kalau dulu, aku tengok gambar ni, aku pon rasa biasa je keadan ni... tapi.. bila aku belajar satu subjek ni kat USM... 'Ecology and weed management'... aku mula tau yang keadaan gambar ni ialah keadaan alam sekitar kita yang tengah teruk... lagi satu, tumbteri yang aku mention tadi tu ialah bidang kajian aku untuk subjek aku ni... tumbteri tu ialah rumpai(weed) ataupun definisi biologinya ialah tumbuhan yang kita tidak mahu dan memberi masalah kepada manusia dan alam sekitar... definisi aku sendiri 'pokok yang kita tak tanam pon, tup-tup dia ada kat situ sendiri, pastu menyusahkan aku nak mencabutnya pulak...' hahahahaha........ baru aku tau yang weed ni sebenarnya masalah kat kita... bukan kita saja... dia jugak masalah kat tanaman kita, livestock kita... waww... dan ini ialah apa yang kami buat kat sungai tadi...
Kami kutip weed tu semua untuk dibuat kajian... spesies mana yang banyak, yang sikit, yang bahaya, yang tak bahaya... camtulah... bukan aku sorang je yang tibe-tibe terkejut tangok semua yang indah dlm semak samun tu masalah, ramai lagi yang ter'kagum' ngan seadaan itu...

apa- apa pon aku percaya yang Allah jadikan setiap benda di bumiNya ni ada sebab, fungsi dan kegunaannya.. takdak benda yang dicipta saja-saja je... cuma terpulang kepada kita untuk menilai dan menyiasat misteri di sebalik setiap ciptaanNya... sekian trima kaseh....

aku dan doktor gigi......

satu hari tu... aku bangun je pagi, cuci2 muka, gosok2 gigi... pastu aku turun la nak makan roti canai.... sedapnye jamah roti canai pepagi nih. haiihh... Nak dijadikan cerita, tiba-tiba time nak mngunyah tu, gigi aku punya lah sakit.. macam nak pengsan walaupun nak kunyah skali je lagi... Teros selera makan aku hilang.. potong betollahh.. aku pegi ke cermin, tengok-tengok, cari2... sekali gusi aku dah 'berbelon' daa... tengok pulak kat gigi yg tempat gusi belon tu... memang sah ada lubang kat situ.. cuma tak nampak sangat sebab sisa makanan banyak dah masuk... adusss... Ni maknanya aku kena pegi jumpa doktor gigi! alamak! aku takot doktor gigi!! dalam banyak-banyak jenis doktor yang ada kat dunia ni, doktor gigi la yg paling aku takot.. pastu tak pelah... yang penting sakit ni hilang dan aku buleh makan macam biasa balik..

2 hari lepas tu (tunggu belon tu jadik kecik) aku pon pegi la klinik gigi... Alhamdulillah, dia tampal je gigi aku, tak pulak dicabutnye... huhuhu.. sekian trima kasih... ehh.. bukan cerita ni yang menjadi isu sebenarnya... isunya ialah, kenapa dalam ramai doktor yang ada, aku cuma sangat cuak pada doktor gigi????



kalau dulu, time skolah, ade nurse gigi nanti datang ke sekolah.. nurse klinik kerajaan.. diorang datang, lepas tu satu demi sati kelas akan dipilih untuk masuk ke 'bilik kesihatan' untuk buat inspection gigi.. haha.. sape- sape ingat tak cerita ni?? tapi, nurse- nurse gigi ni punya lah jahat.. diorang suka mengutuk kelemahan budak-budak.. 'budak ni gigi kotor lah', 'budak ni mulut busuklah', 'budak ni makan ape haaa sampai gigi teruk macam ni??'... sikit pon diorang tak menunjukkan imej yang baik sebagai seorang nurse.. maklumlah... nurse.. blajar tak tinggi mana pon.. keje penat, gaji sikit.... perspektif aku waktu tu 'teruknya nurse ni, mak aku pon x penah mengutuk sampai macam ni..'.. korang nampak tak? this is the point... kanak- kanak waktu tu... kalau dah dilayan begitu rupa... terus kesimpulan yang dibuat ialah ' semua nurse dan doktor gigi jahat!!!'... simple... diorang tak belajar psikologi kanak-kanak ke... habeh nanti budak tu sakit gigi, dipendam je... tak mau pegi jumpa doktor gigi... sebab apa? sebab jahat.. ingatan lama tu yang dok cucuk supaya diorang kata macam tu... hakikatnya, kalau doktor gigi yang swasta ni... baiiiiiiiiiikkkkkkkkkkkkk sangat... boleh bawak berborak, berbincang... macam ni lebih selesa.. kita takdela rasa berdebar sangat... bukan jadi kat aku sorang je trauma ni... ramai lagi.. perspektif aku kat diorang ni susah nak diubah... semua bukan sebab aku... sebab diorang sendiri... pendek kata, aku tak suka nurse yang poyo macam diorang tu bagus sangat... caitt ptuiiihh...