Sunday, January 9, 2011

MiNaT, HoBi dan aku..... (bahagian 2)

hobi kedua : baca novel

hobi ni aku buat time hujung- hujung zaman persekolahan aku... dikala orang cakap cinta zaman sekolah mula nak berputik.. tapi aku buat hobi ni tak lama.. tau kenapa? sebab bila aku baca novel, baru 2 ke 3 page, aku tertidor.. maka keronyok la aku punya novel dek kerana aku tidor x sedar diri...actually novel- novel tu bukan aku punya.. masa hujung- hujung zaman sekolah, buat pertama kali aku berkawan dengan kawan- kawan yang lari terus daripada kriteria kawan- kawan yang aku cari... diorang ni orang- orang yang buleh aku katakan jiwang, dan obses dengan cinta, hati dan perasaan... hahaha... aku rase bongok nak bincang pasal benda ni time skolah... dan novel- novel tu pulak bukanlah novel- novel yang versatil... hanya tertumpu pada novel cinta terbitan alaf 21... alaa.. yg budak- budak pompuan suka baca tu... Ya! itulah novelnya... aku pulak bile dah bukak novel cinta ni, rasa mcm kepala aku kene hempap ngan kampit beras... ngantok je memanjang.. haiihh.. plus, hobi ni bukan hobi yang murah... sebijik novel terbitan alaf 21 mencecah 30 ringgit... bagi aku yang hanya dapat sebulan 100 ringgit dari ayah aku waktu tu, hobi ini boleh aku kategorikan sbagai hobi mahal dan bodoh nak mampos!! hahaha... mau taknya... mana nak beli novel lg, nak makan lg... nak bli buku lagi... dah la bosan... tapi aku kagum dengan member- member aku ni... diorang bule beli hari ni novel tu dan petang esok dah habis khatam 1 novel.. gila! sebab masalah kewangan dan rasa yang hobi ni merepek, aku tinggalkan hobi ni... sekejap je aku buat... haha..



Fakta: sebenarnya dalam tempoh aku dok buat benda ni, hanya sebiik novel aku berjaya habiskan... pastu di tengah - tengah novel yang kedua.. aku quit... hehe.. so jumlah bacaan aku hanyalah 1 setengah saje.. sekian...

to be continued...

1 comment: