Thursday, December 9, 2010

This Is My Story...: Apa yang aku tak sedar.... sekarang aku belajar......

This Is My Story...: Apa yang aku tak sedar.... sekarang aku belajar......: "Cuba tengok gambar ni.... gambar ni aku ambik kat universiti tempat aku tengah menuntut ilmu sekarang ni... ada sapa- sapa perasan apa-apa p..."

Apa yang aku tak sedar.... sekarang aku belajar....

Cuba tengok gambar ni.... gambar ni aku ambik kat universiti tempat aku tengah menuntut ilmu sekarang ni... ada sapa- sapa perasan apa-apa pada gambar ni? takda? Exactly! gambar ni nampak macam gambar biasa saja, ada sungai, ada benting pasir, ada pokok-pokok... nampak indah... hehe...

Tapi, gambar tu lebih dari apa yang kita dok nampak.. sebabnya:
  • kalau tengok betul-betul, ada sampah yang dibuang kedalam sungai ni, menyebabkan aliran air bengkok sana, bengkok sini... sebab sampah tu dah sekat laluan asal dia..
  • 2nd, ada tumbuhan-tumbuhan misteri yang tumbuh di sekitar laluan air tu yang kita tak tau dari mana dia datang... tumbteri (tumbuhan misteri) ni penuh sampai ujung gambar ni...
  • air sungai sikit... sebab kat belakang gambar ni sbnarnya ada longgokan sampah yang dah sekat laluan air yang banyak tu... jadi yang aku ambik ni nampak cetek je airnye...
untuk pengetahuan semua, kalau dulu, aku tengok gambar ni, aku pon rasa biasa je keadan ni... tapi.. bila aku belajar satu subjek ni kat USM... 'Ecology and weed management'... aku mula tau yang keadaan gambar ni ialah keadaan alam sekitar kita yang tengah teruk... lagi satu, tumbteri yang aku mention tadi tu ialah bidang kajian aku untuk subjek aku ni... tumbteri tu ialah rumpai(weed) ataupun definisi biologinya ialah tumbuhan yang kita tidak mahu dan memberi masalah kepada manusia dan alam sekitar... definisi aku sendiri 'pokok yang kita tak tanam pon, tup-tup dia ada kat situ sendiri, pastu menyusahkan aku nak mencabutnya pulak...' hahahahaha........ baru aku tau yang weed ni sebenarnya masalah kat kita... bukan kita saja... dia jugak masalah kat tanaman kita, livestock kita... waww... dan ini ialah apa yang kami buat kat sungai tadi...
Kami kutip weed tu semua untuk dibuat kajian... spesies mana yang banyak, yang sikit, yang bahaya, yang tak bahaya... camtulah... bukan aku sorang je yang tibe-tibe terkejut tangok semua yang indah dlm semak samun tu masalah, ramai lagi yang ter'kagum' ngan seadaan itu...

apa- apa pon aku percaya yang Allah jadikan setiap benda di bumiNya ni ada sebab, fungsi dan kegunaannya.. takdak benda yang dicipta saja-saja je... cuma terpulang kepada kita untuk menilai dan menyiasat misteri di sebalik setiap ciptaanNya... sekian trima kaseh....

aku dan doktor gigi......

satu hari tu... aku bangun je pagi, cuci2 muka, gosok2 gigi... pastu aku turun la nak makan roti canai.... sedapnye jamah roti canai pepagi nih. haiihh... Nak dijadikan cerita, tiba-tiba time nak mngunyah tu, gigi aku punya lah sakit.. macam nak pengsan walaupun nak kunyah skali je lagi... Teros selera makan aku hilang.. potong betollahh.. aku pegi ke cermin, tengok-tengok, cari2... sekali gusi aku dah 'berbelon' daa... tengok pulak kat gigi yg tempat gusi belon tu... memang sah ada lubang kat situ.. cuma tak nampak sangat sebab sisa makanan banyak dah masuk... adusss... Ni maknanya aku kena pegi jumpa doktor gigi! alamak! aku takot doktor gigi!! dalam banyak-banyak jenis doktor yang ada kat dunia ni, doktor gigi la yg paling aku takot.. pastu tak pelah... yang penting sakit ni hilang dan aku buleh makan macam biasa balik..

2 hari lepas tu (tunggu belon tu jadik kecik) aku pon pegi la klinik gigi... Alhamdulillah, dia tampal je gigi aku, tak pulak dicabutnye... huhuhu.. sekian trima kasih... ehh.. bukan cerita ni yang menjadi isu sebenarnya... isunya ialah, kenapa dalam ramai doktor yang ada, aku cuma sangat cuak pada doktor gigi????



kalau dulu, time skolah, ade nurse gigi nanti datang ke sekolah.. nurse klinik kerajaan.. diorang datang, lepas tu satu demi sati kelas akan dipilih untuk masuk ke 'bilik kesihatan' untuk buat inspection gigi.. haha.. sape- sape ingat tak cerita ni?? tapi, nurse- nurse gigi ni punya lah jahat.. diorang suka mengutuk kelemahan budak-budak.. 'budak ni gigi kotor lah', 'budak ni mulut busuklah', 'budak ni makan ape haaa sampai gigi teruk macam ni??'... sikit pon diorang tak menunjukkan imej yang baik sebagai seorang nurse.. maklumlah... nurse.. blajar tak tinggi mana pon.. keje penat, gaji sikit.... perspektif aku waktu tu 'teruknya nurse ni, mak aku pon x penah mengutuk sampai macam ni..'.. korang nampak tak? this is the point... kanak- kanak waktu tu... kalau dah dilayan begitu rupa... terus kesimpulan yang dibuat ialah ' semua nurse dan doktor gigi jahat!!!'... simple... diorang tak belajar psikologi kanak-kanak ke... habeh nanti budak tu sakit gigi, dipendam je... tak mau pegi jumpa doktor gigi... sebab apa? sebab jahat.. ingatan lama tu yang dok cucuk supaya diorang kata macam tu... hakikatnya, kalau doktor gigi yang swasta ni... baiiiiiiiiiikkkkkkkkkkkkk sangat... boleh bawak berborak, berbincang... macam ni lebih selesa.. kita takdela rasa berdebar sangat... bukan jadi kat aku sorang je trauma ni... ramai lagi.. perspektif aku kat diorang ni susah nak diubah... semua bukan sebab aku... sebab diorang sendiri... pendek kata, aku tak suka nurse yang poyo macam diorang tu bagus sangat... caitt ptuiiihh...

Friday, November 5, 2010

dahulu dan sekarang... (bahagian 2)

ehem2... err.. aku xtau nak intro ape.. tapi the moment aku bukak dan tulis blog ni, is the moment yang aku rasa sunyi dan perlu untuk aku luahkan apa yang bermain dalam kepala otak aku ni sepanjang aku hidup...

YA.. dahulu dan sekarang bahagian 2...kalau dulu waktu skolah sampai masok matriks aku loser.. aku rasa dah sampai kot masanya aku ubah diri jadi org laen lepas apa yang berlaku... aku sikit2 sedar kenapa aku jadi sangat loser kat skoah dulu... pikir punya pikir.. aku jumpa sebabnya... tu pon masa tengok muvie orang putih... iaitu aku sangat2 INFERIOR... tau apa inferior? inferior tu malu nak tunjuk bakat, malu nak buat itu, malu nak buat ini, malu nak tanya, malu nak tonjolkan diri.. apa yang aku pikir ialah takut orang pandang pelik dan mengta aku bukan2 pada time tu... so bila aku abis matrik, aku decide untuk ubah perkara tu... ubah sikap tu..

then aku diterima masuk ke universiti industri selangor(UNISEL) pada tahun 2006.. sikit2 aku tonjolkan diri.. sikit2 aku bergaul dengan orang yang background dia lagi teruk daripada aku... kat sini aku belajar jadi SUPERIOR.. aku tonjolkan diri aku... malah aku upkan diri aku sendiri.. puji diri sendiri dan macam2 lagi yang up up up... dan aku mengaku... aku rasa seronok buat macam tu... aku rasa seronok untuk bandingkan diri aku dengan orang yang lebih inferior daripada aku... yang bestnye lagi ialah sikap aku waktu ni banyak memaksa diri aku untuk jadi lebih baik dari orang yang aku rasa baik... jadi aku pon pulon(usaha).. pulon punya pulon dan aku dapat apa yang aku nak... aku dapat pointer bagus... 3 kali dean list, bergaul dengan member2 yang stylish... cukup buat aku rasa seronok... walaupun kadang2 ada masalah yang buat aku fed up.... dari sini aku mula bentuk aim untuk diri aku sendiri... aku mula rasa apa yang aku pilih ialah jalan yang Allah dah tentukan untuk aku... apa yang aku kena buat, cuma follow jalan ni dan jangan melencong... follow je... Alhamdulillah... sekarang aku dah berada kat universiti sains malaysia(USM) menyambung pengajian aku dalam bidang biologi tulen major dalam botani... dan aku masih meneruskan apa yang aku buat kat unisel untuk aku terus naik... dan naik... dan naik lagi.. 

cerita yang aku bagtau kat atas bukan bermaksud aku nak bangga diri dengan pencapaian aku sekarang... aku bangga tapi tak bangga diri la... yang aku nak tekankan kat sini adalah, kalau kita nak survive hidup kat dunia ni... kita mesti buat silap.... sebab dari silap tulah kita belajar... survivor paling bagus kat dunia ni ialah orang yang buat silap tapi dia sedar dia tersilap n dia cari jalan untuk ubah kesilapan dia tu supaya dia tak ulang lagi silap yang sama... berapa banyak silap daaaa...
so... sekarang ni aku diambang peperiksaan.. jadi aku suka untuk ingatkan diri aku tentang kesilapan yang penah aku buat dulu.. supaya aku boleh pastikan diri aku tidak lagi buat benda yang sama 2 kali... good luck kepada siapa yang ambik exam... good luck kepada diri aku sendiri... semoga dapat dean list lagi...

Sunday, September 12, 2010

dahulu dan sekarang... (bahagian 1)

Lima tahun lepas, time aku mula-mula masuk ke matrikulasi, aku hanya seorang pelajar biasa yang tak berinovatif, tak bersungguh-sungguh, tiada motivasi, pemalas, diawang-awangan dan lemah semangat.. waktu itu, aku pikir aku nak rehat dalam belajar lepas aku penat time SPM dulu.. Penat ke? hahaha.. dulu aku sekolah agama, jadi minda aku tertutup. Aku hanya bergaul dengan kawan-kawan yang satu macam je.. satu macam tu... err... aku pon xtau nak cakap... Tapi semua sama jelah... hehe.. Jadi bila melangkah ke matrikulasi, aku hilang arah.. bile hilang arah, aku sebat je la sape-sape pon jadi kawan aku... nak jadi cerita, aku punya seronok berkawan, sampai aku lupa misi asal aku ke matrik ni. Bukan aku nak salahkan kawan-kawan time matrik atas kelalaian aku.. Tapi, aku salahkan diri aku sendiri sebab seronok sgt sampai lupa diri.. Bila pikir-pikir balik, aku rasa bodoh.. kenapa? dalam usia 18 tahun, aku masih belum matang untuk menentukan apa yang betul, dan apa yang salah...

Tuesday, August 31, 2010

raya is coming...

Bile fikir pasal raya, semua orang fikir nak beli baju baru. Tapi best ke beli baju baru? Kalau tengok balik, raya sekarang dah tak macam raya dulu- dulu. Raya dulu semua hilang dari rumah, keluar beraya, keluar melaram. Tapi budak sekarang tercatuk je depan TV. Malas nak bergerak sebab kenyang sangat. Lagi satu, bulan puasa dulu- dulu orang akan sibuk tulis kad raya. Pakcik posmen sampai x menang tangan nak hantar kad. Lepas tu pulak, sape- sape yang agak popular tu, banyak la kad raye yang dia dapat. Sampai buleh buat gantung- gantung la aku dengar. Bila baca kad raya tu, macam- macam ayat keluar. Nak duit raya la, jangan lupe datang rumah la.. Hehehe.. Yes! But my friend.. That was before. Sekarang tidak lagi. Budak- budak sekarang terlalu moden sampai nak antar wish Selamat Hari Raya kat orang pon nak yang buleh dibuat dengan hanya satu klik di hujung jari saje. Pemalas kan? Aku bukan membantah. Modernization is good. But sometimes for special occasion like this, kita kena jugak balik pada yang lama. Sebab yang lama tu la yang membawak seribu satu kenangan. Yang lama tu la yang menampakkan semangat kita nak beraya tu tinggi. Yang lama tu la wat kita rasa hepi bila nak beraya.. Kecik- kecik dulu, aku selalu tulis kad raya time bulan puasa. Wajib lah. Kadang- kadang nak tulis kat sepupu je. Bukan kat orang lain. Kawan- kawan skolah, Makcik, Maksu.. Semua pun duduk tak sampai sebatu pun jauhnye dari rumah aku. Hahaha.. Abah aku pulak best, encourage anak- anak.. tolong belikan setem, belikan kad, susah- susah sgt, dia tolong buatkan kad. Kat sini menampakkan yang kitorang dulu kecik- kecik rajin buat benda ni.. Nampak macam sia- sia. Yelah, tulis kad raya nak kasik kat orang yang selalu kita jumpa. Tapi benda mcm ni lah yang menaikkan semangat raya kami. Dulu- dulu la.. Time hari raya pulak, bile dah keluar tak reti nak balik rumah. Petang- petang dah nak dekat maghrib, baru nampak batang hidung. Mama pun x kisah. Hari raya kan.. Dah lambat balik rumah, bnyak la duit yang dapat.. Tapi semua duit kecik- kecik je.. raya kampung, mane ade orang nak bagi banyak- banyak. walaupun tak sebanyak mane nilai ringgitnye, tapi kami puas beraya. Sebab rase berat duit syiling tu rase macam tengah pegang duit yang sangat banyak.. dah kaya.. hahahaha. Agaknye budak- budak sekarang malas nak keluar beraya sebab duduk rumah pon dah buleh dapat lebih dari RM50. sape bagi? ayah jugak bagi.. pastu perut ke depan semua.. Bukan pegi beraya rumah orang, orang jamu makan sampai kenyang. Tapi belasah yang rumah sendiri. Sedih aku tengok sepupu- sepupu aku sekarang. Diorang tak merasa raya yang kami kecik- kecik dulu rasa... Anyway, Selamat Hari Raya..