Wednesday, January 19, 2011

aku dan marah~

Penah tengok cerita "Anger management" tak? cerita yang mengisahkan sorang laki yang terpaksa menerima terapi daripada seorang psikiatris kerana marah yang melampau... tapi bukan marah pada orang lain... tapi lebih kepada marah kepada diri dia sendiri sebab biar orang pijak kepala dia.. OK... but my story, it is completely different... Aku seorang yang pemarah... pemarah kenapa? sebab aku marah ialah lebih kepada sesuatu terjadi...tapi aku tak mampu untuk buat sesuatu untuk itu... jadi aku marah..

Contohnya... aku janji dengan seseorang yang aku nak keluar minum dengan dia... bila aku sampai di kedai, aku tunggu lama sangat... dan dia datang... tapi lambat.. aku akan jadi marah... kenapa? sebab aku tak boleh buat sesuatu untuk hilangkan marah tu... contohnya, dia kawan aku.. jadi takkan aku nak pukul dia sbb dia dah buat aku marah.. contoh lg.. dia awek aku, takkan aku nak marah dia sebab dia lambat... tambah pulak dia awek, so kalau dia merajuk, jadi tugas aku pulak nak pujuk... paham???

OK... bila api marah tu wujud dalam diri aku... dia akan jadi susah untuk dipadamkan... orang lain takkan faham apa aku rasa waktu tu... yang orang tau, budak ni pemarah, so marah dia lagi.... jadi orang marah aku lagi sebab aku pemarah... hakikatnya, orang pemarah perlukan orang yang bagi ketenangan... orang yang sedia nak dengar apa yang dia nak marahkan, dan orang yang boleh dia cerita masalah marahnya tu... tak kiralah marah dengan muka bengis ke, marah dengan muka mcm hantu skali pon... sebab penawar bagi marah, pada aku selain mengambil wuduk ialah.... PENDENGAR YANG SETIA.

marah ni bagi aku, adalah macam satu elemen yang mampu ditransferkan... atau dipindahkan.. apabila seseorang tu marah, dia perlukan satu medium lain, untuk dia transfer marah dia tu... jadi... disinilah pendengar tu berfungsi... pendengar yang baik mampu menyerap semua marah seseorang tu kemudia menenangkan orang sekaligus memadamkan api marah yang ada dalam diri dia... tugas macam ni selalunya diambil oleh orang yang kita sayang... sebab orang yang disayangi ni lebih memahami diri kita secara tak langsung mampu menjadi pendengar yang setia.. contohnya boyfren ke, girlfren ke, kawan baek ke, adik ke, abang ke, kakak ke mahupon mak ayah sendiri...

Tapi... masalah akan timbul apabila, pihak yang sepatutnya menenangkan pihak yang marah tu tak mampu jadi pendengar yang setia, sebaliknya marah pulak kepada orang yang marah tadi tu... sebabnya kerana dia tak faham, tak mahu faham, dan takkan faham orang yang mrah tu... jadi disini lah banyak berlaku masalah penceraian suami isteri, ataupun putus hubungan dengan pasangan kekasih masing-masing... kerana satu pihak yang marah, tidak berjaya ataupon tidak ditenangkan oleh pihak yang satu lagi... os esok, bila nak pilih pasangan, pilihlah yang mampu bagi ketenangan pada kita, bukan yang kita silap sikit, nak marah, bila kita marah, dia pulak nak tambah marah... this is wrong! korang takkan kekal lama bila pasangan mcm tu... trust me.. aku dah alami...

sekarang dah paham kan ape tafsiran marah definisi aku... hehe.. Hakikatnya... mak ayah aku adalah pendengar yang sangat setia... aku boleh marah (bukan marah diorang), aku boleh cerita marah, dan aku boleh tunjuk muka marah( sambil cerita marah) pada mereka... dan sebelum aku sedar, marah tu sudahpon ditransferkan dan aku menjadi sejuk semula... sebab mereka sangat memahami aku.... tapi... sekarang aku di universiti... tempat dimana aku terasing daripada mak ayah aku... macam mana aku nak overcome masalah ni... aku pon tak tau..

No comments:

Post a Comment