Thursday, December 9, 2010

Apa yang aku tak sedar.... sekarang aku belajar....

Cuba tengok gambar ni.... gambar ni aku ambik kat universiti tempat aku tengah menuntut ilmu sekarang ni... ada sapa- sapa perasan apa-apa pada gambar ni? takda? Exactly! gambar ni nampak macam gambar biasa saja, ada sungai, ada benting pasir, ada pokok-pokok... nampak indah... hehe...

Tapi, gambar tu lebih dari apa yang kita dok nampak.. sebabnya:
  • kalau tengok betul-betul, ada sampah yang dibuang kedalam sungai ni, menyebabkan aliran air bengkok sana, bengkok sini... sebab sampah tu dah sekat laluan asal dia..
  • 2nd, ada tumbuhan-tumbuhan misteri yang tumbuh di sekitar laluan air tu yang kita tak tau dari mana dia datang... tumbteri (tumbuhan misteri) ni penuh sampai ujung gambar ni...
  • air sungai sikit... sebab kat belakang gambar ni sbnarnya ada longgokan sampah yang dah sekat laluan air yang banyak tu... jadi yang aku ambik ni nampak cetek je airnye...
untuk pengetahuan semua, kalau dulu, aku tengok gambar ni, aku pon rasa biasa je keadan ni... tapi.. bila aku belajar satu subjek ni kat USM... 'Ecology and weed management'... aku mula tau yang keadaan gambar ni ialah keadaan alam sekitar kita yang tengah teruk... lagi satu, tumbteri yang aku mention tadi tu ialah bidang kajian aku untuk subjek aku ni... tumbteri tu ialah rumpai(weed) ataupun definisi biologinya ialah tumbuhan yang kita tidak mahu dan memberi masalah kepada manusia dan alam sekitar... definisi aku sendiri 'pokok yang kita tak tanam pon, tup-tup dia ada kat situ sendiri, pastu menyusahkan aku nak mencabutnya pulak...' hahahahaha........ baru aku tau yang weed ni sebenarnya masalah kat kita... bukan kita saja... dia jugak masalah kat tanaman kita, livestock kita... waww... dan ini ialah apa yang kami buat kat sungai tadi...
Kami kutip weed tu semua untuk dibuat kajian... spesies mana yang banyak, yang sikit, yang bahaya, yang tak bahaya... camtulah... bukan aku sorang je yang tibe-tibe terkejut tangok semua yang indah dlm semak samun tu masalah, ramai lagi yang ter'kagum' ngan seadaan itu...

apa- apa pon aku percaya yang Allah jadikan setiap benda di bumiNya ni ada sebab, fungsi dan kegunaannya.. takdak benda yang dicipta saja-saja je... cuma terpulang kepada kita untuk menilai dan menyiasat misteri di sebalik setiap ciptaanNya... sekian trima kaseh....

No comments:

Post a Comment